NTP the new era of business technology

A friendly environment for starting and developing businesses is central to embarking on creative and innovative leadership.

NTP Next Generation Entrepreneur

Bringing the next generation even closer in Technology business and working with technology.

NTP a good coach

The key to take your business and your team to the next level.

NTP Team Building

Team building games, exercises and activities can also enhance business projects, giving specific business outputs and organizational benefits.

NTP Training Programs

Effective Programs for Training Entrepreneur On the Use of Technology.

Thursday, March 9, 2017

Profail Abd Muttalib Samad - Perunding / pengerak STORM-NTP

Abd Muttalib Samad merupakan pengerak bersama  NTP Tecnology Consultancy iaitu syarikat perunding yang bertanggungjawab membangun dan melaksana modul latihan keusahawanan berasaskan  Teknologi Pengurusan Perniagaan (Business Technology Management).  Beliau juga merupakan Pengajar Keusahawanan bagi Kelab Mahasiswa Usahawan UniKL dan Persatuan Mahasiswa Keusahawanan UTM Kuala Lumpur.
Beliau mendapat pendidikan Perakaunan di Universiti Teknologi MARA, Diploma In Business And Management, Institute Teknologi Tun Abdul Razak  kemudian melanjutkan pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia. Beliau pernah menghadiri Kursus Pengurusan dan Pentadbiran di Kyoto, Japan.
Kerjaya beliau bermula dengan Firma Perunding Percukaian selama setahun sebelum menyertai Institut Kemahiran Belia Negara, Skudai, Johor sebagai Pegawai Pembangunan Usahawan selama 6 tahun. Beliau pernah menjadi tenaga pengajar dan fasilitator utama untuk Kursus Membina dan Melahir Usahawan, Jabatan Belia dan Sukan peringkat Negeri Johor. Kini beliau bertugas di UTM di bidang kewangan dan terlibat secara langsung dengan program kualiti seperti ISO, 5S, ICC, SPP dan OSHE sebagai fasilitator dan Jawatankuasa Perlaksana.
Tanggungjawab beliau dalam NTP Tecnology Consultancy sebagai pembangunan usahawan adalah rakan strategik kepada Perundingan dan Pembangunan Usahawan STORM-NTP (Startegik Tranformasi Minda Usahawan Mikro) dengan memperkenalkan modul keusahawanan alaf baru berasaskan Pengurusan Teknologi Perniagaan serta menyediakan alatbantu melalui modul cerdik kewangan [Financial Inteligence].

Abd Muttalib Samad boleh dihubungi di info.ntptech@gmail.com

NTP-STORM [Strategik Transformasi Minda Usahawan Mikro]

NTP Technology Consultancy menawarkan Program STRATEGIK TRANSFORMASI MINDA USAHAWAN MIKRO (NTP-STORM) bertujuan memberi pendedahan kepada Usahawan seperti Persediaan dan Persiapan Minda sebagai Usahawan, peranan Media Sosial dan Automasi Permasaran, Automasikan Perakaunan dan Bisnes Proses Automasi. Program berteraskan “The Future of Works” ini akan mendedahkan bakal Usahawan Motivasi, Ilmu, Idea dan seterusnya menyemarakkan semangat dan minat dalam menceburi bidang keusahawanan alaf baru yang dapat membuka peluang kepada pembentukan usahawan berintergriti,  berpengetahuan dan berpendapatan tinggi. Usahawan akan didedahkan kepada pemikiran secara holistik dan di luar kotak yang mampu melahirkan minda yang kreatif dan inovatif. Para Usahawan juga akan mendapat saringan ‘Profiling’ serta ‘Technology Tools’ yang berinovatif seperti penjualan topup dan system pembayaran bil secara percuma. Usahawan juga akan pelajari bagaimana penggunaan Media Sosial dan Perakaunan boleh diautomasikan secara cekap dan berkesan.